Wednesday, January 25, 2006

#Biar Bulan Menjadi Saksi [Bhg 1]

Cinta ialah seperti bulan. Ia mula berputik apapbila dua orang jumpa buat pertama kali bagaikan seperti anak bulan mula muncul di langit, tidak kira bila masa, tempat ataupun orang. Ia semakin mendalam bagaikan anak bulan yang mula bertukar mejadi bulan purnama. Begitu cerah, begitu cantik sekali dan boleh membuat seseorang terpukau dengan kecantikannya.
------------------------------------------------------------------

Aku mula berjumpa dengan Haikal buat pertama kali semasa hari pertama persekolahan aku di
tempat baru, iaitu Kuala Lumpur. Aku ialah seorang anak desa dari Negeri Sembilan dan Haikal ialah seorang anak bandar dari detik ia mula bernafas.

Ini ialah pertama kali aku tiba di bandar raya ini selama 17 tahun hidup di tempat yang aman damai. Ayah ku ialah seorang pekerja syarikat yang telah ditugaskan ke sini, oleh itu, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke sini biarpun ibu tidak bersetuju. Aku masih ingat detik-detik semasa aku bertembung dengan Haikal buat pertama kali. AKu yang baru tiba di sekolah baruku telah sesat di bangunan sekolah baru yang besar itu. AKu mula berjalan-jalan seperti seekor anak itik yang telah sesat. Jalan punya jalan, aku terlanggar seorang pemuda. "Ah, minta maaf!. Adakah kamu tercedera?". Itulah percakapan aku yang pertama bersama Haikal. "Tidak mengapa. Kamu tidak mengapa?". Itulah percakapan pertama Haikal kepada aku.

Aku memandang ke muka dia dan terasa hatiku mula berdebar dan mukaku mula terasa merah. Mukanya tampan dan putih. "Kamu tidak mengapakah?" tanya Haikal. Aku terkejut dari lamunan sendiri dan menjawab "Ah, ya. Minta maaf sekali lagi kerana terlanggar mu" dengan tersipu-sipu. "Tidak mengapa. Saya rasa saya tak pernah nampak kamu di sekolah ini. Kamu murid baru, ya?", tanya Haikal sekali lagi. Aku yang mula berasa malu terjawab dengan tergagap, "Y..a..Ya. Hari ini hari pertama saya disini dan saya tak dapat mencari bilik guru". "Oh...rupanya kamu mencari bilik guru, ya?. Saya pun dalalm perjalanan ke sana. Apa kata kamu mengikut saya sekali". Aku cuma mengangguk sebagai tanda setuju dan mengikut Haikal berjalan di sisinya. Sepanjang perjalanan kita ke bilik guru, Haikal telah banyak bertanya pasal aku. Dimana asalku, kenapa ku berpindah ke sini dan apa perasaan aku berpindah ke pusat bandaraya ini. Dia ialah seorang yang ramah-mesra.

"Ohh. Kamulah Seri Dewi. Kenapa terlambat datang?", tanya guru kelasku, Puan Laila. "Saya tersesat, cikgu", jawabku dengan perasaan malu. Puan Laila yang tersenyum manis dan berkata kepadaku "Tak apa. Semasa cikgu mula bertugas disini pun, cikgu pernah tersesat". Senyuman manis cikgu telah menghilangkan perasaan maluku. "Haikal ialah ketua kelas kamu. Kamu ikutlah dia masuk kelas dan nanti cikgu akan menyusur kemudian. Haikal, ini Seri Dewi. Murid baru kelas kita". Aku terkejut apabila terdengar berita baik itu. Aku sama kelas dengan Haikal. Alangkah bertuahnya! "Baik, cikgu. Mari kita jalan, Seri Dewi." Senyuman Haikal memang menawan hati.

"Tak tersangka kita sekelas ya, Seri Dewi".

"Ya", jawabku sepontan.

"Lain kali jika ada apa-apa masalah yang kamu tidak faham. Kamu boleh tanya saya bila-bila masa sahaja, ok?".

"Ya. Terima Kasih"

Haikal cuma tersenyum manis kepada ku.

"Boleh saya panggil namamu Dewi sahaja?" tanya Haikal dan aku cuma mengangguk kepala ku sebagai tanda setuju.

"Ah, dah sampai pun kita", kata Haikal. Aku mula rasa gembira dan bimbang dengan setiap langkah yang ku ambil.

"Kelas!! Minta perhatian sekejap. Kita ada murid baru hari ini. Nama dia Seri Dewi dan dia datang dari Negeri Sembilan".

"Apa kahbar. Nama saya Seri Dewi".

"Amboi!! Cantik dan manis, ya? Kawan baru kita ini" kata seseorang.

Aku terasa kemerahan mula muncul di pipiku.

------------------------------------------------------------------
Akan Bersambung...

Labels: